Tujuan dan matlamat aku menulis




Salam,


Tujuan aku menulis ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca yang hadir dan sudi singgah blog ini tentang ayat ayat ALLAH swt. Penulisan di dalam blog ini hanyalah penulisan dari kefahaman aku tentang sesuatu ayat yang ALLAH turunkan pada umat manusia. Perkongsian ini hanya adalah secebis usaha dakwah aku yang kecil berbanding dengan rakan-rakan sekalian yang lain. Aku baru bertatih dalam membaca, memahami dan mengamalkan apa yang ALLAH suruh dan apa yang ALLAH larang.


Setiap penulisan atau tajuk yang aku tulis, cerita atau bahas, bukan la aku anggap 100% aku sahaja yang betul atau faham tentang sesuatu perkara. Aku hanya menceritakan apa yang aku faham dari segi logik pemikiran aku dan juga hasil pembacaan aku yang lain. Aku bersedia menerima sebarang teguran atau kritikan sebarang kesalahan atas segala isi penulisan yang aku letakkan.


Al QURAN adalah petunjuk dari ALLAH swt. Sebagai petunjuk kepada umat manusia. Petunjuk memberi berita gembira kepada mereka yang memahami dan mengamalkannya. Memberi amaran kepada mereka yang mengingkarinya.


Kita selalu di tayangkan atau dipertontonkan samada di tv atau media sosial tentang sesorang yang pandai mengaji al quran dan juga yang pandai menghafaz al quran. Ada suara yang merdu sehingga tersentuh jiwa kepada mereka yang mendengarnya. Kita patut berbangga dengan pencapaian mereka sedangkan kita masih lagi tak mencapai tahap seperti yang mereka capai.


Pada masa yang sama selain kita mendengar kemerduan suara-suara bacaan dan juga kita galakkan anak2 atau sesiapa sahaja untuk menghafaz al quran tu, lagi lebih molek dan bagus dan di utamakan adalah memahami makna setiap ayat firman ALLAH tersebut dan juga mengamalkan apa yang di suruh dan apa yang di larang. Bukan kah al quran itu adalah petunjuk bagi umat manusia. Kalau kita mengaji sahaja tanpa memahami maksud setiap ayat yang di di turunkan ia seperti tidak lengkap fungsi al quran itu sebagai petunjuk (allah maha mengetahui) . Seperti ayat quran di bawah:


"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam."
 (Al-Furqaan 25:1)




Semoga dengan kehadiran blog ini, ia sedikit sebanyak usaha dan dakwah saya dapat memberi impak kepada mereka2 di luar sana dengan izin ALLAH. Setiap tulisan saya ini tidak sesekali untuk menunjukkan saya ini pandai dan cuba berlagak pandai atau cuba menidakkan orang lain. Blog ini sekadar tempat berdakwah dan berkongsi apa yang saya rasa dan apa yang saya faham. Tidak sesekali untuk menidakkan kefahaman orang lain. Sekiranya ada perbezaan pendapat atau tulisan, kita menegur dan menerima sebagai kita meraikan perbezaan tersebut dan bukan membina sifat membenci antara satu sama lain.


Insyaallah.


ALLAH maha mengetahui.



No comments:

Post a Comment